fbpx

Kubur usia ratusan tahun disangka batu tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Binaan kubur lama ini bersambung dengan dinding sebuah rumah. – X

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kubur lama yang terletak bersambung dengan sebuah rumah di lorong sempit, lapor laman berita Suara kelmarin.

Menurut laporan, kubur dipercayai berusia ratusan tahun itu bersambung dengan dinding sebuah rumah yang terletak di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kubur itu tertulis nama si mati iaitu Iboe Idjah, namun butiran mengenai tarikh kematian tidak disertakan.

“Kubur lama berusia ratusan tahun bersambung dengan rumah penduduk di lorong sempit di Kota Bandung,” demikian menurut keterangan pada video yang dimuat naik.

Tidak dijelaskan punca kubur itu tidak dipindahkan meskipun kawasan sekeliling dipenuhi rumah penduduk kampung.

Tiada kubur lain yang berada berdekatan pusara tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Pemilik rumah ini tidak ‘diganggukah’ pada waktu malam?” soal seorang netizen.

“Itu kubur sebenarkah? Selama saya melalui kawasan itu saya menyangkakan ia batu biasa,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI