fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis tidak sengaja tembak pos keselamatan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan sebahagian daripada sempadan Mesir dengan selatan Semenanjung Gaza di Rafah dirakam pada 21 Oktober lalu. – AFP

TEL AVIV –   Tentera Israel  kelmarin mengaku tersilap menembak sebuah pos keselamatan Mesir yang terletak berhampiran sempadannya, lapor agensi berita United Press International.

“Sebentar tadi,  kereta kebal Israel secara tidak sengaja melepaskan tembakan dan mengenai pos kawalan Mesir bersebelahan Kerem Shalom.

“Insiden ini sedang disiasat dan butiran mengenainya sedang dinilai. Tentera Israel meluahkan rasa kesal atas insiden ini,” kata Rejim Zionis menerusi hantaran di platform X.

Kerem Shalom ialah sebuah penempatan haram Yahudi bersempadan dengan Mesir dan Gaza serta terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Rafah di Mesir.

Pada Sabtu lalu, konvoi melibatkan 20 treler yang membawa bantuan termasuk makanan, air dan bekalan ubat melintasi Lintasan Sempadan Rafah sebelum tiba di Gaza.

Laman berita Mesir, Cairo 24 melaporkan bahawa 40 lagi treler bantuan telah disediakan untuk memasuki Gaza semalam, selepas kumpulan kedua sebanyak 17 treler melintasi sempadan  kelmarin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI