fbpx

Rumah sewa jadi tempat proses dadah terbongkar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Taufik (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan digunakan untuk memproses dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pas, Jitra hari ini.

JITRA – Kegiatan memproses dadah di sebuah rumah sewa di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani terbongkar selepas polis memberkas dua lelaki di Tunjang dekat sini pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, dua suspek yang juga penganggur itu ditahan di tepi jalan Kampung Gelong Rambai, Padang Limau di Tunjang.

“Suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kubang Pasu. Pemeriksaan di tempat duduk penumpang belakang menjumpai beg kertas mengandungi heroin seberat 4.6 kilogram (kg).

“Hasil soal siasat, polis menyerbu sebuah rumah sewa disyaki dijadikan makmal mini sejak September lalu di Sungai Petani,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Pemeriksaan di rumah sewa itu menemukan dadah termasuk pil yaba dan beberapa jenis dadah lain.

Mohd. Taufik berkata, pemeriksaan lanjut menemukan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah. Ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama berusia 53 tahun dari Air Itam, Pulau Pinang positif morfin dan memiliki sembilan rekod dadah. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI