fbpx

‘Arwah berjanji ini yang terakhir, rupa-rupanya dia akan pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak keempat Mohd. Aziz, Siti Alora Fatihah menunjukkan gambar kenangan arwah bapa dan ibunya ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Hasrat seorang warga emas untuk berhenti sebagai nelayan benar-benar menjadi kenyataan apabila dia ditemui lemas selepas bot pancung yang dinaiki terbalik ketika menangkap ikan di Sungai Nenggiri, Kampung Star di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Aziz Ismail, 65, dijumpai lemas selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakannya terbalik dalam kejadian pukul 8.30 pagi.

Anak sulungnya, Rosnani, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada adik bongsu yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9 pagi ketika berada di rumah keluarganya di Kampung Pasir Tumbuh di sini.

Katanya, dia sempat bertemu arwah bapanya selepas solat subuh pagi tadi dan menghulurkan wang RM30 kepada warga emas itu untuk membeli sarapan di kedai sebelum turun ke sungai.

“Ibu saya (Pauziah Abu Bakar) juga beritahu arwah berjanji untuk membeli susu tepung buat ibunya (nenek) dengan menggunakan hasil jualan ikan sungai hari ini.

“Arwah juga pernah meluahkan ini hari terakhir dia turun ke sungai untuk menangkap ikan kerana dia akan membantu ibu menoreh getah selepas ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Rosnani memberitahu, arwah turut memaklumkan hasrat untuk berjumpa cucu sulungnya, Mohammad Al-Akiff Raikal Aizum, 9, sejak seminggu lalu sebelum dapat memeluk dan mencium kanak-kanak itu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian bot terbalik pada pukul 12.26 tengah hari.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 8.30 pagi apabila seorang pekerja kilang pasir terdengar suara orang meminta tolong. Warga emas itu disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI