fbpx

Simbah sambal tumis sebelum samun warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JASIN – Seorang warga emas telah disimbah sambal tumis sebelum dia ditampar dan dihentak beberapa kali menggunakan kerusi plastik dalam kejadian samun di Kampung Ayer Tawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan di kepala dan dimasukkan ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, laporan mengenai kejadian diterima oleh pasukan polis melalui talian MERS 999 dan pemeriksaan telah dilakukan di sebuah rumah beralamat di Jalan Datuk Nawar.

Katanya, hasil siasatan awal, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa sedang baring berdekatan pintu belakang rumahnya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali berusia 30-an yang tiba-tiba menyimbah cecair disyaki sambal tumis ke mukanya.

“Lelaki tersebut bertindak agresif dan menampar mangsa serta menghentak kepala warga emas itu menggunakan kerusi plastik sebanyak dua hingga tiga kali sehingga cedera.

“Mangsa cuba meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang. Suspek telah mengambil bag sandang mangsa yang mengandungi dompet serta wang tunai RM400, kad bank dan lesen memandu sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Mengulas lanjut beliau berkata, kini polis sedang giat mengesan suspek yang digambarkan bertubuh gempal.

“Suspek ketika itu memakai topi keledar dan pelitup mula. Pasukan polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`