fbpx

Langkawi kekal status kad hijau geopark UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LANGKAWI – Pulau peranginan ini berjaya mengekalkan status geopark yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kali keempat pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Abdul Wahid Abu Salim berkata, pulau ini telah mendapat kad hijau dalam penilaian semula status tersebut yang sekaligus melayakkan Langkawi untuk kekal berada dalam Global Geopark Network (GGN) sehingga 2027.

“Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menerbitkan Pelan Pembangunan Geopark Negara (PPGN) 2021- 2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) sebagai garis panduan dan peta jalan bagi membangun dan mengurus geopark.

“Di Malaysia, geopark kebangsaan memainkan peranan penting dalam menyokong pemeliharaan warisan geologi dan budaya, serta menjadi contoh utama bagi amalan pelancongan lestari,” katanya semasa berucap bagi merasmikan majlis makan malam sempena program Regional Course on UNESCO Global Geopark keenam di Jalan Pantai Chenang, di sini, malam tadi.

Abdul Wahid (kiri) dan diiringi Dr. Azmil Munif (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada Ibrahim Komoo (tengah) padq program Regional Course on UNESCO Global Geopark keenam di Jalan Pantai Chenang, Langkawi, malam tadi

Menurutnya lagi, program ini akan membolehkan peserta untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan bagi memperkasakan pengurusan geopark.

Program yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengetengahkan tema Cabaran dan Peluang dalam Menguruskan Sebuah Pulau Geopark. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI