fbpx

50 pelanggan jatuh sakit selepas beli panipuri tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baki makanan di gerai tepi jalan itu telah dirampas. - iStockPhoto

NEW DELHI – Seramai 50 orang di negeri Jharkhand, India jatuh sakit akibat keracunan makanan selepas membeli panipuri daripada sebuah gerai di tepi jalan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Ketua Pegawai Perubatan Tambahan (ACMO) berkata, kira-kira 40 kanak-kanak dan 10 wanita mengalami keracunan makanan selepas makan panipuri di Gosain Tola, daerah Koderma petang kelmarin.

“Pesakit mengalami komplikasi seperti muntah dan cirit-birit sebelum disahkan mengalami jangkitan kuman,” jelas pegawai itu sambil menambah, mereka dikejarkan ke Hospital Sadar dan diletakkan di bawah pemerhatian selama 24 jam.

Kanak-kanak tersebut berusia dalam lingkungan umur 9 hingga 15 tahun dan keadaan mereka kini stabil.

Tambah pegawai tersebut, baki makanan di gerai itu telah dirampas dan sampelnya telah dihantar ke bandar Ranchi untuk menjalani ujian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI