fbpx

1.27 juta pokok berjaya ditanam di Terengganu sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (kanan) menanam pokok durian pada program Penanaman 100 juta Pokok di Taman Eko-Rimba Chemerong, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebanyak lebih 1.27 juta pokok telah berjaya ditanam di Terengganu dalam tempoh dua tahun 10 bulan sejak tahun 2021.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, ia telah melepasi sasaran 1.02 juta ditetapkan pada negeri ini menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok peringkat kebangsaan.

“Sewaktu Kempen Penanaman 100 juta Pokok dilancarkan pada tahun 2021, Terengganu disasar menanam 1.02 juta pokok dalam tempoh empat tahun menjelang 2025,” katanya di Taman Eko-Rimba Chemerong, Hulu Dungun di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program menanam 100 pokok di taman eko-rimba terbabit yang merupakan sebahagian Kempen Penanaman 100 juta Pokok berkenaan.

Roslan berkata, Jabatan Perhutanan negeri menetapkan sasaran baharu menanam dua juta pokok menjelang tahun 2025.

Jelas beliau, kejayaan melepasi sasaran awal itu berikutan sokongan padu diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Terengganu.

“Kami juga menjunjung tinggi keprihatinan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut menzahirkan sokongan terhadap kempen Penanaman 100 juta Pokok berkenaan.

“Baginda telah mencemar duli merasmikan program penanaman 3,000 pokok di sepanjang Pantai Batu Burok hingga Pantai Pandak, Kuala Terengganu baru-baru ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI