fbpx

EPL: Ramsdale tidak cemburukan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSDALE (kanan) mengakui pemilihan Raya sebagai penjaga gol utama membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk memberikan aksi terbaik. - AFP

LONDON – Selain membawa misi untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris, pertembungan Arsenal menentang Chelsea di Stamford Bridge tengah malam ini menyaksikan dua pemain The Gunners bakal bertarung sesama sendiri.

Posisi penjaga gol Arsenal sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan ramai apabila kedudukan Aaron Ramsdale semakin dicabar oleh rakan seposisinya yang baharu, David Raya yang mula mendapat kepercayaan pengurus, Mikel Arteta.

Ramsdale menjadi pilihan utama pasukan itu sejak berhijrah ke Emirates pada 2021 dan beraksi dalam 38 perlawanan musim lalu, namun hanya memanaskan bangku simpanan sejak empat perlawanan lalu apabila Raya yang berhijrah dari Brentford pada Ogos lalu menjadi pilihan.

“Saya fikir perasaan ketika ini agak sukar kerana ini adalah kali pertama berlaku. Sama ada saya atau Raya yang akan dipilih untuk diturunkan, kami perlu fokus, cuma apa yang pelik adalah situasi kami begitu mendapat perhatian.

“Kami perlu berdepan situasi ini dan ini apa yang sedang kami lakukan. Kami adalah pemain profesional dan hubungan kami setakat ini tidak ada masalah.

“Apa saya tidak bersemangat untuk berdepan situasi ini, dia (Raya) hadir yang memberikan saya kekuatan untuk melawan perasaan itu, begitu juga sebaliknya. Walaupun saya kecewa tidak dapat bermain, saya tetap berada di belakang untuk menyokongnya,” kata Ramsdale.

Kunjungan Arsenal ke Stamford Bridge malam ini juga turut membawa misi besar bagi mengekalkan rekod tanpa kalah pada setiap aksi derbi London yang dihadapi mereka.

Kali terakhir skuad kendalian Arteta tewas pada seteru setempat adalah semasa kalah 0-3 kepada satu lagi kelab London, Tottenham Hotspurs pada Mei 2022.

Kemenangan kali pertama ke atas Manchester City sejak 2015 pada 8 Oktober lalu menyuntik semangat Arsenal untuk mengukuhkan statusnya selaku jaguh London. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI