fbpx
Kompaun maksimum RM300 boleh dikenakan atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

‘Bila ada mati kemalangan, baru semua tersedar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang dan membonceng motosikal ke sekolah tanpa memakai helmet seolah-olah mahu menggadaikan nyawa insan tersayang.

Tindakan tidak memakai helmet boleh mengundang maut sekiranya mereka terlibat kemalangan sehingga mengalami keretakan tengkorak dan pendarahan kepala akibat hentakan.

Bekas Yang Dipertua Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tiram, Awang Sebawi Awang Halil berkata, sebelum ini, pihaknya sering memberi nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun, apa yang dilihat tidak ramai yang ambil peduli, malah mereka anggap itu sesuatu perkara yang remeh.

“Apabila berlaku kemalangan terutama melibatkan kematian, baru hendak tersedar,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Awang Sebawi turut mencadangkan PIBG sekolah bekerjasama dengan polis, Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ) dan wakil rakyat untuk mempertingkatkan kempen keselamatan jalan raya selain penguatkuasaan yang le­bih tegas.

Katanya, PIBG juga boleh be­kerjasama dengan JPJ dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaksanakan program pemberian lesen memandu kepada pelajar layak.

“Mungkin JPJ boleh kenakan caj yang lebih murah berban­ding harga buat lesen di luar yang le­bih mahal,” ujarnya.

Di Maran, Pahang, seorang pesara guru berkata, isu pelajar sekolah tidak memakai topi keledar bukan perkara baharu, malah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, meskipun telah ‘berbuih’ mulut guru menasihati pelajar, namun mereka masih tidak menghiraukan peraturan memakai topi keledar.

“Apa lagi yang guru boleh buat, kalau hendak rotan, guru pula akan disalahkan, malah apabila pelajar berada di luar, sudah tentu guru tiada lagi kuasa mereka,” ujarnya.

Di Shah Alam, Selangor, seorang penduduk, Abdul Rahman Abdul Nizam, 35, berkata, ada ibu bapa sendiri yang tidak memakai helmet ketika menghantar anak ke sekolah.

“Ini jadi contoh tidak baik kepada anak-anak, mereka akan ikut apa ibu bapa buat dan akhir­nya isu ini tidak ada kesudahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN