fbpx

5,000 dijangka hadir perhimpunan bantah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afnan Hamimi ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda Pas, malam tadi. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kira-kira 5,000 orang dijangka hadir dalam perhimpunan aman membantah serangan Israel di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), Jumaat depan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, himpunan itu sebagai solidariti terhadap Palestin dan kecaman keganasan dilakukan kepada Israel itu.

“Kita dapati Israel dan konco-konconya itu tidak memahami mesej yang kita hantar.

“Jadi, kita hendak hantar mesej lebih jelas dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat selepas solat Jumaat depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-64, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) malam tadi.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama ke perhimpunan berkenaan menzahirkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Kata Afnan Hamimi, perincian berkenaan lokasi dan masa di mana peserta perhimpunan berkumpul terlebih dahulu akan dimaklumkan kemudian.

“Tempoh seminggu memadai bagi ahli serta orang ramai merancang perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI