fbpx

4 lelaki menyamar kontraktor curi kabel, seorang berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang diberkas di lokasi kejadian di Jalan Kampung Paya Berapit, Seberang Perai, semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki menyamar sebagai kontraktor Telekom Malaysia (TM) bagi mencuri kabel elektrik berhampiran Jalan Kampung Paya Berapit di sini semalam berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, tiga lagi rakan suspek sempat meloloskan diri.

“Semasa kejadian, pengadu iaitu seorang lelaki tempatan yang juga merupakan juruteknik Telekom Malaysia ternampak empat lelaki mencurigakan yang berpakaian seperti seorang kontraktor sedang memotong kabel talian atas di tempat kejadian.

“Pengadu menghampiri suspek dan bertanyakan mengenai kerja dilakukan mereka itu. Bagaimanapun, kesemua suspek cuba melarikan diri kecuali seorang daripada mereka berjaya ditangkap iaitu seorang lelaki berusia awal 20-an,” katanya di sini, hari ini.

Cheng San berkata, suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri  dan anggaran kerugian kabel Telekom yang dipotong sekitar RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI