fbpx

Warga emas maut dilanggar SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang ditunggang oleh Ramly selepas dilanggar sebuah kenderaan SUV dalam kejadian di Kilometer 81.9 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, Kluang petang hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) dalam kejadian di Kilometer 81.9 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian di atas jambatan Sungai Machap berhampiran Kampung Perak itu berlaku kira-kira pukul 1.45 petang.

Katanya, kemalangan melibat seorang penunggang motosikal, Ramly Ahmad, 63, yang menunggang motosikal jenis SYM serta kereta Proton X70 dipandu seorang wanita berusia 63 tahun.

“Siasatan awal kejadian berlaku selepas hujan ketika mangsa dalam perjalanan dari Simpang Renggam menuju ke arah Pekan Machap manakala kenderaan SUV dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kenderaan SUV dipercayai memasuki laluan motosikal mangsa menyebabkan berlaku perlanggaran sehingga penunggangnya tercampak ke atas jalan raya,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, akibat perlanggaran itu penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman kepala dan di rujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, pemandu yang berasal dari Telok Intan, Perak tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya ditahan namun pemeriksaan air kencing mendapati tidak dipengaruhi sebarang jenis dadah serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI