fbpx

Pengarah syarikat penerbangan tambang murah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli lembaga pengarah syarikat penerbangan tambang rendah antara ditahan pihak polis, semalam.

Selain suspek yang bergelar ‘Datuk’ itu ditahan, polis turut menahan isteri serta anak lelakinya selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram.

Mengesahkan perkara tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan berusia berusia antara 26 tahun hingga 57 tahun.

Katanya, penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“tangkapan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang di Shah Alam, Selangor,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan, perintah reman terhadap kesemua suspek akan dilakukan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI