fbpx

Suruhanjaya Koperasi Malaysia nafi penaung AllStar Capital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKM

PETALING JAYA – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tiada sebarang kaitan dengan syarikat AllStar Capital Sdn. Bhd. (AllStar Capital).

SKM dalam satu kenyataan media berkata, syarikat yang menawarkan pinjaman peribadi dan perniagaan kepada orang ramai tersebut juga tidak bernaung dibawah SKM.

“SKM telah menerima maklumat bahawa syarikat AllStar Capital melalui hantaran laman web rasmi syarikat tersebut mengguna pakai nama SKM sebagai penaung.

“Berikutan daripada itu, SKM dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan syarikat AllStar Capital,” kata kenyataan itu hari ini.

SKM berkata, orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman.

Menurut SKM, sebarang pinjaman atau pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri.

“Sebarang pertanyaan sila hubungi SKM di talian 03-2083 4000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk sebarang aduan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI