fbpx

Che’gu Bard ditahan berhubung hantaran kasino Forest City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che'gu Bard.

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, susulan hantarannya mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.

Peguambela dan peguamcaranya, Rafique Rashid berkata, Chegu Bard ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira pukul malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Katanya, tangkapan itu dibuat susulan hantaran di Facebook beliau mengenai kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman dibenarkan selama dua hari iaitu bermula hari ini hingga esok,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Che’gu Bard menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor.

Pada Khamis lalu, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg dan menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Anwar menegaskan, laporan portal berita antarabangsa yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.

Visi besar projek itu adalah untuk mewujudkan kawasan perbandaran mewah untuk rakyat yang kaya daripada China. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI