fbpx

Lelaki lalok samun remaja dalam lif dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video kejadian samun ke atas remaja di dalam sebuah lif di kediaman pangsapuri di Johor yang tular sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki diberkas selepas disyaki melakukan samun terhadap seorang remaja di dalam sebuah lif di sebuah kediaman pangsapuri, di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 43 tahun itu ditahan di pangsapuri sama pada pukul 11 pagi, semalam.

Menurut beliau, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian samun yang berlaku pada pukul 5.25 petang, Ahad lalu.

“Ekoran aduan berkenaan, Ketua Balai Polis Majidee bersama anggota Unit Peronda Sektor (URS) balai berkenaan membuat serbuan dan berjaya menangkap suspek lelaki dalam kejadian tersebut.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut, manakala semakan lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, ujian saringan air kencing dibuat juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular sebuah video berdurasi 32 saat memaparkan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila mangsa disamun seorang individu bertopi keledar ketika berada di dalam sebuah lif kediaman sebuah pangsapuri, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI