fbpx

Abang syahid dibom Zionis ketika mahu masuk rumah – Penuntut UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED IHAB menunjukkan keadaan rumahnya yang ranap di Tel al-Hawa, bandar Gaza baru-baru ini.

ARAU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu bahawa semangatnya untuk belajar bagaikan hilang sebaik mengetahui abang­nya syahid dibom rejim Zionis, baru-baru ini.

Menurut Mohammed Ihab Sadi Kuhail, 22, abangnya maut pada hari pertama pengeboman besar-besaran rejim tersebut di Bandar Gaza pada 7 Oktober lalu.

“Keluarga kami telah keluar dari kediaman sebaik mende­ngar kawasan rumah kami di Tel al-Hawa akan diserang rejim Zionis, namun abang saya yang merupakan anak keempat pulang ke rumah untuk melihat kesan serangan.

“Bagaimanapun, tanpa sebarang amaran, abang saya yang ingin memasuki kawasan rumah dibom tentera Israel menyebabkan beliau maut di lokasi kejadian,” katanya yang merupakan anak kelima daripada sembilan beradik ketika ditemui di Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UniMAP, di sini semalam.

Kata penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan itu, sebaik mendapat berita buruk tersebut, dia hilang semangat untuk meneruskan pengajian, namun bernasib baik mempu­nyai rakan-rakan dari Palestin dan pengurusan universiti memberi sokongan dan motivasi.

Menurut Mohammed Ihab, dia kini lebih bimbang mengenai keadaan keluarga kerana telah terputus hubungan, namun ya­kin mereka masih selamat di sana.

“Apa yang saya bimbang adalah keadaan di sana apabila mereka kekurangan bekalan asas seperti air dan elektrik dan dikepung di segenap penjuru oleh rejim Zionis.

“Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan saya harap rakyat negara ini tidak henti beri sokongan dan doa kepada kepada Palestin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI