fbpx

Okey tenang semua, kami sudah ada hidup sendiri – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA, Sharnaaz dan anak mereka Jebat buat pertama kali berlakon sama untuk sebuah iklan.

KERAP didesak kembali bersama dengan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, pensohor media sosial juga usahawan popular Noor Nabila sekali lagi bertegas, mereka sudah mempunyai haluan hidup masing-masing.

Kakak kepada Neelofa, itu yakin apa yang diperlukannya ketika ini ialah hanya doa buat anak mereka iaitu Jebat Jayden.

“Anda semua doa untuk saya sahaja, yang baik-baik dan itu sudah mencukupi untuk kami berdua.

“Kami berdua sudah memiliki kehidupan masing-masing. Okey tenang semua, komen yang baik-baik sahaja,” katanya menerusi ruangan komen.

Kenyataan ringkas tersebut seterusnya turut mendapat komen balas daripada Sharnaaz.

“Wow, Okey ngam! Belanja sebuah motor,” katanya berseloroh.

Kenyataan pemilik nama penuh Noor Nabila Mohd Noor, 39, itu merujuk pertanyaan ramai yang membanjiri ruangan komen selepas melihat video dia dan Sharnaaz termasuk Jebat berlakon bagi mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

“Tolong kembali bersama. Kenapalah jodoh mereka tak panjang, suka tengok Nabila dan Sharnaaz bersama,” komen segelintir netizen.

Pada 26 September lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu rumah tangga pasangan terbabit kembali hangat diperkatakan apabila didakwa tidak lagi tinggal sebumbung bahkan Nabila mengesahkan bakal mengakhiri perkahwinannya dengan Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan mereka.

Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwinan dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017, tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang putera, Jebat  yang kini berusia lima tahun.

Sharnaaz pula kini dilaporkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon meningkat naik, Amelia Christie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI