fbpx

Kareena, Priyanka berbelas tahun berperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA dam Priyanka dikatakan pernah berebut lelaki sama.

BUKAN lagi rahsia dua aktres sensasi Bollywood, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra pernah berperang besar selama berbelas tahun.

Hubungan dingin antara kedua-duanya semakin terserlah selepas promosi filem yang turut dibintangi aktor Akshay Kumar berjudul Aitraaz, sedangkan sebelum itu mereka merupakan sahabat karib.

Malah difahamkan, Kareena dan Priyanka juga hampir beradu kekuatan fizikal hanya disebabkan isu kecil yang dibongkar ketika wawancara dalam program sensasi, Koffee With Karan.

Begitupun, kini akui Kareena tiada lagi perseteruan wujud memandangkan masing-masing kini sudah semakin matang dan mempunyai kehidupan bahagia.

Apatah lagi ketika itu, tersebar gosip mengatakan pertelagahan hanya disebabkan isu berebut lelaki tetapi dinafikan kedua-dua bintang sensasi terbabit.

Isteri kepada Saif Ali Khan itu hanya menganggap kisah lampau sebagai pengajaran supaya jangan terikut-ikut perasaan dan darah muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI