fbpx

Hina Jata Negara: Pengarang buku dibebaskan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pengarang buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang direman polis disahkan telah dibebaskan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes penerbitan yang mengandungi imej yang menghina jata negara pada 2020.

Kata beliau, suspek berusia 58 tahun itu dipercayai menetap di Sydney, Australia dan telah ditahan di pejabat Imigresen Kelana Jaya, Selangor semasa memohon memperbaharui pasport, kelmarin.

“Suspek telah dibebaskan hari ini setelah tamat tempoh reman,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” jelasnya.

Terdahulu, portal tempatan melaporkan Kean Wong dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan selepas ditahan  di pejabat imigresen Kelana Jaya semasa memohon pembaharuan pasport.

Pada 2020, PDRM menjalankan siasatan terhadap Kean berkaitan gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, yang didakwa menghina Jata Negara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI