fbpx

Dineshwaran mahu bantu PDRM muncul juara Ragbi Piala Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUGRO sedia membantu skuad PDRM menewaskan Sabah pada aksi suku akhir Ragbi Piala Agong untuk menempah slot final.

BINTANG ragbi negara, K. Dineshwaran bertekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mahu membawa pasukan itu ke pentas final Ragbi Piala Agong.

Dineshwaran atau dikenali sebagai Dugro percaya hubungan kerjasama antara pasukan bakal menjadi kekuatan untuk menumbangkan Sabah pada aksi separuh akhir esok.

“Saya mempunyai hubungan baik bersama PDRM sebelum ini dan kali terakhir saya menyertai pasukan tersebut 15 tahun lalu. Jadi, semangat saya untuk mencatat kemenangan bersama PDRM lagi kuat.

“Lebih-lebih lagi PDRM sudah 31 tahun tidak pernah menang trofi Ragbi Piala Agong. Jadi, saya nak bawa kembali pasukan PDRM ini pada tahap tertinggi semula,” katanya kepada Kos­mo! ketika ditemui semalam.

Tegas Dugro, dia yakin pertembungan tersebut bakal menjadi perlawanan yang mencabar sekali gus menuntut rakan sepasukannya berhati-hati memandangkan Sabah dipimpin bekas pemain berpengalaman dari New Zealand, Brad Mika.

“Bagi saya, bagi saya semangat berlawan kita lebih tinggi kerana PDRM mempunyai ramai pemain Malaysia. Kami telah bermain dengan lama dan saya bersedia untuk tumbangkan mereka untuk menuju ke pentas final,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI