fbpx

Dibuli sampai pekak, lima bekas pelajar diarah bayar RM616,634.20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (dua dari kanan) bersama barisan peguamnya selepas prosiding secara dalam talian semalam.

PUTRAJAYA – Bekas pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Terengganu dan empat pihak lain diperintah oleh Mahkamah Persekutuan di sini semalam membayar ganti rugi kepada mangsa buli.

Dalam kejadian kira-kira lapan tahun lalu itu, mangsa yang berusia 14 tahun itu hilang pendengaran.

Keputusan sebulan suara dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Dalam prosiding secara dalam talian itu, panel-panel memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir pelajar selaku perayu selain mendapati sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas mangsa selaku plaintif.

Mangsa kini berusia 22 tahun.

Untuk rekod kejadian pukul, buli dan serangan itu berlaku di bilik ketua pengawas sebuah sekolah di Terengganu pada 26 April 2015.

Mereka ialah pelajar tingkatan lima sebagai defendan pertama hingga kelima (kini berumur 25 tahun), penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM) (keenam), pengetua (ketujuh), Ketua Kementerian Pendidikan (KPM) (kelapan) dan Kerajaan Malaysia (kesembilan).

Pada 29 September 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati semua defendan bertanggungjawab atas kecederaan itu dan membenarkan semua tuntutan ganti rugi termasuk ganti rugi am kecederaan, khas dan teladan sebanyak RM616,634.20.

Bagaimanapun, pada 20 Mei 2021, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengenetepikan keseluruhan keputusan itu dan memutuskan plaintif gagal membuktikan liabiliti lima defendan itu yang telah memukul, membuli dan menyerangnya.

Panel hakim Mahkamah Rayuan ketika itu juga menetapkan bahawa defendan keenam dan ketujuh termasuk warden dan pengetua tidak cuai dalam menjalankan tugas.

Dalam prosiding semalam, plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.

Sementara itu, Wan Azliana yang juga Ketua Penggerakan Penggubalan Akta Anti Buli berkata, kes ini merupakan kemenangan untuk anak guamnya termasuk semua mangsa kejadian buli di seluruh Malaysia.

“Saya berharap keputusan kes ini dapat dijadikan pengajaran dan bertindak sebagai ‘deterrent’ bagi kes-kes buli yang lain.” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI