fbpx

Parlimen bincang isu apungan harga ayam, telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cadangan penggunaan Ringgit Malaysia bagi menggalakkan perdagangan antara negara lain serta kesan terhadap apungan harga ayam dan telur antara yang akan disentuh pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) akan meminta Perdana Menteri menyatakan rancangan terkini berkenaan pendekatan de-dolarisasi (de-dollarisation) bagi menggalakkan perdagangan antara negara lain menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dan sejauh manakah inisiatif ini disambut oleh negara-negara serantau.

Perkara itu akan dibangkitkan Noraini pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sesi sama, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) turut meminta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa langkah mengapungkan harga ayam dan telur tidak akan membebankan rakyat yang sedang
berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sementara itu, bagi sesi pertanyaan jawab lisan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) akan meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengatasi isu kesesakan banduan di dalam penjara.

Selain itu katanya, apakah program-program ataupun latihan-latihan yang dikenal pasti untuk membantu bekas banduan untuk meneruskan kehidupan mereka supaya tidak terjejak kembali dalam dunia jenayah.

Dalam pada itu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) akan bertanyakan kepada Menteri Pengangkutan tentang status terkini perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI