fbpx

Bekas jurufoto Kumpulan Utusan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nor Azlina

PETALING JAYA – Bekas jurufoto Kumpulan Utusan, Nor Azlina Jaafar dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Serdang.

Berita sedih itu disampaikan sendiri suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar yang juga bekas wartawan Kumpulan Utusan menerusi satu hantaran di apikasi WhatsApp.

Menurut Muhammad Basir, isterinya Nor Azlina, 45, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada hati.

“Assalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh sahabat semua mohon ampunkan dosa isteri saya Noor Azlina Jaafar. Beliau baru sahaja kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman di hati,”katanya di aplikasi WhatsApp.

Tambah Muhammad Basir, jenazah isterinya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Batu 10, Cheras esok.

Pasangan terbabit dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang anak perempuan dan seorang lelaki yang kini masih bersekolah rendah.

Pasangan tersebut juga adalah antara lebih 800 bekas pekerja Kumpulan Utusan yang diberhentikan selepas syarikat itu diisytihar bankrap pada 2019.

Bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga, pasangan tersebut terpaksa berniaga termasuk menjadi ejen pewangi kereta, membuka gerai burger di rumah dan kini menjadi ejen kereta sewa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI