fbpx

Tayar tidak turun punca pesawat Beechcraft TUDM mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejawadian pesawat Beechcraft B200T melakukan pendaratan cemas di LTSAS, Subang tengah hari tadi.

SUBANG JAYA – Kegagalan sebelah tayar tidak turun ketika mahu mendarat dipercayai punca pesawat milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Beechcraft B200T mendarat cemas di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah (LTSAS), di sini, tengah hari tadi.

TUDM dalam kenyataan terbarunya berkata, pesawat yang dinaiki empat anak kapal itu mengalami kegagalan fungsi “undercarriage” iaitu sebelah tayar tidak turun semasa hendak mendarat.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai kejadian.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat dengan nombor pendaftaran M41-02 itu difahamkan tergelincir dari landasan kira-kira pukul 12.54 tengah hari.

“Pesawat berkenaan telah tergelincir dari landasan semasa mendarat dan kesemua empat pegawai termasuk juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Juruterbang pesawat tersebut telah menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang memaklumkan mengenai masalah pada gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.

“Menara ATC Subang segera memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba & Penyelamat Lapangan Terbang Subang (AFRS) bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pesawat tersebut dalam proses untuk dialihkan dan pemeriksaan penuh landasan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan operasi di lapangan terbang.

“Landasan dijangka akan dibuka semula untuk beroperasi pada pukul 5.00 petang.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI