fbpx

Debut sempurna Nagelsmann bersama Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN berjaya mengemudi Jerman untuk meriah kemenangan pada aksi persahabatan menentang AS awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK – Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann meraih debut sempurna jurulatih baharu pasukan itu apabila meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Amerika Syarikat (AS) pada aksi persahabatan awal pagi semalam.

Berbanding ketika tewas 1-4 kepada Jepun bulan lalu, corak permainan Jerman dilihat bertambah baik terutamanya apabila berjaya mempamerkan kebangkitan selepas Christian Pulisic terlebih dulu meletakkan AS di depan.

“Kami menentang pasukan yang memiliki kualiti dan kepantasan, jadi daripada aspek bola sepak, keputusan ini adalah langkah yang sangat baik.

“Kemudiannya di babak kedua, kami berjaya mendapatkan rentak tetapi kekal bersabar dan mengawal permainan. Jadi bagi saya itulah yang menjadi jurang beza,” kata Nagelsmann.

Ilkay Gundogan memulakan kebangkitan Jerman apabila meledak gol penyamaan sebelum Niclas Fullkrug dan Jamal Musiala melengkapkan dua lagi gol.

Bagaimanapun, Pulisic akui kekalahan itu memberi kekecewaan buat AS, namun sedar perlawanan itu beri pengajaran berguna untuk menjadikan skuad The Stars and Stripes lebih baik pada masa akan datang.

“Cukup pedih kerana kami memulakan perlawanan dengan baik. Tetapi, kami melakukan kesilapan dan aspek bertahan adalah perkara yang kami perlu baiki lagi. Jerman memiliki pemain yang berkualiti dan sudah pasti kami perlu beri kredit kepada mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI