fbpx

Malaysia Airports sumbang RM5 juta untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia Airports menerajui komuniti penerbangan untuk menyumbang kepada golongan memerlukan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Airports menyahut seruan kerajaan untuk bertindak dan berikrar menyumbang RM5 juta untuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, yang memperlihatkan solidariti pengendali lapangan terbang itu bersama rakyat Palestin berikutan pergolakan di Gaza ketika ini.

Selain ikrar RM5 juta berkenaan, Malaysia Airports turut melibatkan anak syarikatnya, Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. (Eraman) bersama rakan kongsi serta penyewa komersial yang beroperasi di lapangan terbangnya untuk menyumbang kepada dana tersebut.

Selain itu, kempen derma dalaman bakal diadakan untuk menggalakkan pekerja Malaysia Airports membuat sumbangan secara peribadi, yang mana syarikat itu berikrar untuk memadankan jumlah yang disumbang sehingga RM1 juta.

Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Zainun Ali berkata, sebagai syarikat pengendali lapangan terbang utama negara, kami berada dalam kedudukan strategik untuk memimpin rakan kongsi perniagaan kami di lapangan terbang untuk sama-sama mewujudkan impak dalam hal ini.

“Kami berbangga mendapat sokongan anak syarikat kami, Eraman yang komited untuk menyumbang RM100,000 untuk usaha ini.

“Berbanyak terima kasih juga diucapkan kepada rakan kongsi komersial dan pekerja kami sendiri, yang akan menyertai kami dalam usaha untuk menghantar mesej belas ihsan dan bantuan yang amat diperlukan kepada rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI