fbpx

Koleksi terbaru corak Palestin dUck dikecam, tidak sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenama dUck dikritik tidak sensitif apabila keluarkan koleksi baru

PETALING JAYA – Tindakan jenama dUck mengeluarkan koleksi baharu bercorak Palestin dianggap tidak sensitif dengan situasi semasa biarpun niat mahu menyumbang kepada rakyat negara berkenaan.

Jenama terkenal itu mengeluarkan koleksi selendang, tudung bawal, tote bag dan cawan bercorak bendera Palestin sebagai satu alternatif sumbangan kepada rakyat di Gaza.

Bagaimanapun, menerusi komen di Instagram menyaksikan koleksi baharu berkenaan tidak menerima respon positif orang ramai selain menyifatkan jenama berkenaan tidak sensitif.

“Kurang sensitif dengan isu. Sebaiknya derma sajalah terus ke badan NGO yang memang urusan sumbangan ke Gaza,” komen Hannah Nnazir.

Malah terdapat juga komen kecaman meminta jenama itu berhenti menjadikan penderitaan seseorang sebagai estetik.

“Mengambil kesempatan. Bayangkan gunakan penderitaan seseorang untuk mengaut keuntungan daripada ini atau lebih teruk lagi untuk estetik,” kata sofearrsa.

Bagaimanapun, menerusi maklum balas pengurusan jenama tersebut, pembeli juga boleh membuat sumbangan langsung melalui akaun tabung @vivapalestinamy seperti ditulis di ruangan kapsyen.

Terdahulu, menerusi perkongsian rasmi jenama dUck, mereka memaklumkan kesemua keuntungan koleksi berkenaan akan salurkan kepada Palestin.

Sumbangan yang disalurkan akan digunakan untuk bekalan perubatan dan pembedahan, tempat perlindungan sementara, makanan panas dan bakul makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI