fbpx

Wanita cantik letak jawatan, ingin cuba 100 pekerjaan berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chizao gembira apabila memperoleh banyak pengalaman. - SCMP

BEIJING – Seorang jelitawan menarik perhatian netizen di media sosial China apabila merancang untuk mencuba 100 pekerjaan berbeza, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Wanita bernama Chizao itu berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari wilayah Sichuan, barat daya China.

Dia setakat ini telah mencuba 30 pekerjaan termasuk ahli bomba, penyanyi opera, penghantar makanan dan pelayan restoran.

Chizao meletak jawatan sebagai pekerja sepenuh masa sebuah syarikat media yang disertainya selama bertahun-tahun sejak menamatkan pengajian kerana merasakan rutin hariannya membosankan.

Akibat tidak pasti akan pekerjaan baharu yang ingin dilakukan, Chizao memutuskan untuk mencuba 100 bidang pekerjaan. 

Selepas ditolak ramai majikan yang enggan menggaji pekerja untuk tempoh sehari, Chizao akhirnya diterima bekerja di sebuah kedai haiwan.

Pada hari-hari berikutnya, dia telah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk bekerja di ladang babi, pengasuh kanak-kanak, penari dan pembantu kaunter kecantikan.

Chizao malah dijemput oleh balai bomba Chengdu untuk menjalani latihan bomba selama sehari.

Video yang dikongsikan Chizao di aplikasi Douyin telah menarik perhatian orang ramai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI