fbpx

Terjahan rakan senegara ‘bunuh’ karier Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD memutuskan untuk menggantung but pada usia 32 tahun ekoran siri kecederaan berulang yang menjejaskan prestasinya. - AFP

LONDON – Bekas kapten Belgium, Eden Hazard yang pernah beraksi bersama Lille, Chelsea dan Real Madrid membuat keputusan untuk menggantung but pada usia 32 tahun apabila gagal untuk memberikan aksi terbaik yang pernah dipamerkannya sebelum ini ekoran belenggu kecederaan yang dialami.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional, Hazard pernah mengalami beberapa masalah kecederaan, namun dia berjaya untuk pulih dan tidak menjejaskan prestasinya, tetapi nasib malangnya bermula selepas menyertai Real apabila dia mengalami satu kecederaan yang memusnahkan impiannya untuk kekal beraksi dalam tempoh lebih panjang.

Pada November 2019 selepas beberapa bulan berpindah ke Santiago Bernebeu, Hazard diturunkan untuk aksi menentang Paris Saint-Germain pada saingan Liga Juara-Juara sebelum dia diterjah keras di bahagian buku lali oleh rakan sepasukannya dalam skuad Belgium, Thomas Meunier yang boleh dianggap membuatkan masa depannya kelam.

MEUNIER

Pada awalnya, kecederaan itu didiagnos sebagai tidak serius dan hanya memerlukan tempoh tiga minggu untuk pulih, namun Hazard mengadu masih tidak selesa selepas tempoh berkenaan menyebabkan pasukan perubatan terpaksa membuat pemeriksaan lanjut dan menemui kesan retakan menyebabkan dia terpaksa berehat sehingga penghujung musim tersebut.

Ketika bersama Chelsea, Hazard pernah menjalani pembedahan memasukkan kepingan besi pada buku lalinya dan kecederaan itu menyebabkan proses pembedahan sama dan menukar plet berkenaan terpaksa dilakukan sekali lagi yang memberikan impak besar terutama dari segi mental.

Tempoh pemulihan juga memberi kesan kepada Hazard apabila dia gagal mendisiplinkan diri sehingga berat badannya bertambah secara mendadak dan membataskan pergerakannya ketika sesi latihan sehingga menyebabkan dia tidak lagi memiliki kepantasan seperti sebelum ini.

Kegagalan untuk mengatasi trauma ekoran kecederaan yang dialami itu menyebabkan Hazard tidak lagi menjadi pemain yang istimewa dan dianggap sebagai pengganti paling ideal ketika Real kehilangan Cristiano Ronaldo pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI