fbpx

Belanjawan 2024: Penjawat awam harap gaji naik hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan diharapkan dapat menaikkan gaji kakitangan awam dan memikirkan suatu mekanisme untuk membantu pekerja swasta menerima upah yang setimpal.

Ketika ini, gaji yang diterima mereka tidak selari dengan kenaikan harga barangan.

Seorang penjawat awam, Muhammad Zul Zulkifli, 32, berkata, kos sara hidup yang meningkat mestilah selari dengan kenaikan gaji rakyat negara ini.

“Saya harap kerajaan menaikkan gaji pokok penjawat awam iaitu minimum RM300 ke atas untuk mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada Kosmo!.

Seorang lagi penjawat awam, Nur Hidayah Shamsul Kamal, 37, berkata, dengan gaji rendah, penjawat awam yang tinggal di bandar besar amat terbeban.

“Jika kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dalam Belanjawan 2024 ini, ia sedikit seba­nyak dapat mengurangkan beban kami.

“Saya harap ada berita baik daripada kerajaan mengenai gaji penjawat awam,” ujarnya.

Bagi pekerja swasta sebuah syarikat, Imran Ismail, 40, berkata, selain gaji penjawat awam, kerajaan juga perlu mengambil berat nasib golongan sepertinya.

Katanya, kerajaan perlu mempunyai mekanisme yang membolehkan majikan menaikkan gaji pekerja swasta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI