fbpx

Mahkamah: Muhammad Sanusi nafi tuduh Amiruddin punca projek rugi RM180 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin dan Muhammad Sanusi.

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menafikan beliau menuduh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari secara langsung menyebabkan kerajaan negeri Selangor mengalami kerugian sebanyak RM180 juta.

Muhammad Sanusi berkata apa yang dinyatakannya ialah projek sekitar Sungai Klang yang berpotensi untuk mencatat kerugian paling kurang RM180 juta, dan tidak mengaitkannya secara langsung dengan Amirruddin.

Selain itu, Muhammad Sanusi juga berkata beliau tidak pernah membuat tuduhan Amirruddin adalah seorang Menteri Besar yang tidak layak, tidak cekap, korup, mengamalkan kronisme dan pilih kasih.

“Selaku ahli politik, banyak sekali cemuhan dan penghinaan dibuat oleh rakyat termasuklah terhadap saya. Ucapan saya tidak langsung menyebabkan reputasi plaintif (Amiruddin) terjejas lebih daripada apa yang diungkapkan oleh rakyat sebelum ucapan saya.

“Plaintif masih memenangi pilihan raya negeri Selangor walaupun dengan majoriti kurang. Pengurangan majoriti diperolehi plaintif sudah tentu disebabkan pelbagai faktor yang subjektif termasuk kepercayaan rakyat, kebanyakannya terhadap jenama Kerajaan Perpaduan. katanya.

Muhammad Sanusi berkata demikian dalam pembelaannya terhadap saman fitnah dikemukakan Amiruddin terhadapnya berhubung ucapan yang dibuat pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.

Pernyataan pembelaan Muhammad Sanusi itu difailkan pada 10 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum ini, Amirudin memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung dakwaan skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi, di sini dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan tunggal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI