fbpx

Belanjawan 2024: RM100 juta baiki lampu jalan, RM2.8 bilion selenggara jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – RM100 juta disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, sebanyak RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara.

Dalam pada itu, menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, sebanyak RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara jalan dan jambatan persekutuan dengan RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4.

“Khidmat Jurutera Daerah akan terus diperkasa bagi segera menangani aduan kecil dan luar jangka melibatkan Jalan Persekutuan.

“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 ketimbang RM100,000 kepada 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan 30 juta ringgit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI