fbpx

Belanjawan 2024: Kerajaan terus tanggung bayaran lesen B2, e-hailing, teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Tambahnya, sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan dibekalkan dan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI