fbpx

Lori tangki terbabas jatuh gaung, pemandu maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang terjatuh kedalam 6 meter dalam kemalangan Kilometer 28.7, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Latar), Rawang, hari ini.

GOMBAK – Seorang lelaki ditemui maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh gaung dalam kemalangan di Kilometer 28.7, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Latar), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.24 petang tadi.

Katanya, dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Setibanya di lokasi, mendapati sebuah lori tangki jenis Mitsubishi Fuso yang membawa muatan minyak hitam seberat tiga tan telah terbabas dan terjatuh ke dalam gaung kedalaman enam meter.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati pemandu yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an telah tercampak keluar dari lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI