fbpx

Nyanyi depan pengantin pun macam konsert – Ari Lasso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARI LASSO

BERADA di puncak sebagai penghibur disegani, vokalis unggul Indonesia, Ari Lasso teruja apabila kerap diundang menghiburkan pengantin dalam majlis perkahwinan.

Bekas vokalis Dewa19 itu teruja apabila lagu yang didendangkannya selama ini cukup sesuai menjadi latar majlis bersejarah raja sehari.

Perkara itu didedahkannya ketika ditemu bual dalam YouTube milik pelakon Luna Maya, yang turut disifatkan Ari sebagai momen membahagiakan.

Penyanyi berusia 50 tahun yang terjun ke arena hiburan sejak 1991 itu tidak pernah menyangka dirinya kini menjadi ‘wedding singer’.

Begitupun, pemilik nama sebenar Ari Bernadus Lasso itu gembira dapat menyuntik kebahagiaan buat pasangan pengantin pada hari istimewa.

“Ternyata lagu saya jadi ‘soundtrack’ percintaan mereka seperti Aku dan Dirimu, Arti Cinta dan banyak lagi seleksi lain. Nyanyi di majlis perkahwinan pun macam konsert,” katanya.

Malah baginya, penampilan pada majlis perkahwinan tidak akan mencalarkan imej atau menurunkan kadar bayaran seseorang artis selaku penyanyi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI