fbpx

MotoGP: LCR dedah sukar lepaskan Johann Zarco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO dikaitkan menyertai pasukan Repsol Honda musim depan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Marquez biarpun menandatangani kontrak bersama LCR. - AFP

LONDON – Pengurus pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello menegaskan bahawa perancangan pasukannnya tahun depan tidak akan berubah biarpun Johann Zarco dikaitkan akan menyertai pasukan kilang, Repsol Honda bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Marc Marquez.

Cecchinello menjelaskan bahawa pasukan itu tidak bersedua melepaskan Zarco selepas mengikat kontrak dengan pelumba Perancis itu pada Ogos lalu yang membuat keputusan meninggalkan pasukan Pramac Ducati pada hujung musim ini.

Selepas tiga tahun bersama pasukan Pramac, Zarco membuat keputusan berpisah dengan pasukan Ducati dan terbuka menyertai pasukan LCR Honda bagi menggantikan tempat Alex Rins selepas menerima tawaran terbaik dengan kontrak dua tahun dan pilihan lanjutan.

“Zarco telah menandatangani kontrak dengan Honda Racing Corporation dengan HRC dan LCR. Zarco akan berlumba dengan kami. Kes ini ditutup buat saya,” kata Cecchinello.

Bagaimanapun, segala kemungkinan boleh berlaku jika pasukan berpangkalan di Jepun tersebut memberikan tawaran lumayan kepada Zarco.

Jika Zarco dinaikkan ke pasukan Repsol Honda menggantikan Marquez pada 2024, pelumba 33 tahun itu akan menjadi pelumba pertama bukan dari Sepanyol sertai pasukan Honda sejak pemergian Casey Stoner pada 2012.

Sejak 2013, 100 peratus pelumba Repsol Honda datangnya dari penaja syarikat minyak Sepanyol, Respol.

Selain Zarco, beberapa nama turut dikaitkan menyertai Honda, antaranya ialah Maverick Vinales, Iker Lecuona dan juga Miguel Oliveira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI