fbpx

Konon anak sulung lelaki berkuasa veto, terpaling jaga mak – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah tidak dapat menahan sebak apabila mengakui sudah terlalu letih untuk melayan segala konflik yang berlaku dalam keluarganya ketika ini.

Menurut pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah, 33, paling yang membuatnya terkesan ialah isu penjualan rumah yang didiami ibunya Fauziah Sarman dan adik-beradik termasuk Amir Syafiq serta Syada Amzah.

“Individu seperti Syafiq memang tidak sedar diri, selalu letak kesalahan pada orang lain.

“Saya sudah terlalu penat untuk menghadap semua ini sebab mereka terus-terusan mendedahkan saya, saya tak boleh diam diri,” katanya sambil menitiskan air mata.

Pelantun lagu Patah Seribu itu juga kecewa apabila ada dalam kalangan adik-beradiknya yang menyimpan dendam sehingga berniat mahu menghancurkan karier seninya.

“Ada ke adik-beradik buat hantaran yang nak dedahkan kisah sebenar mengenai Shila Amzah dan ceritakan hal sebenar kepada semua orang.

“Saya masih ingat perasaan gembira ketika mereka semua dilahirkan dan mempunyai adik lelaki. Namun, hari ini mereka buat saya seperti orang jahat,” jelasnya.

Kesedihan yang ditanggungnya ketika ini juga adalah kerana sikap adik lelakinya yang tidak henti-henti bercakap buruk mengenai dirinya dalam media sosial.

“Mereka anggap diri sebagai paling baik kerana menjaga mak, kononnya anak sulung lelaki ada kuasa veto.

“Saya tak pernah ungkit perkara yang sudah bayar. Tak mengapa kalau orang luar cakap buruk tentang kita tak mengapa tetapi paling sedih kali ini keluarga sendiri yang lakukannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga menolak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana mengetahui status kewangan adik-adiknya ketika ini.

“Kalau saya tiada iman dan berada di negara barat, setiap seorang mesti sudah kena (tindakan undang-undang).

“Tapi takkan saya nak buat macam itu sebab mereka pun bukan ada duit nak bayar apapun,” jelasnya lagi.

Dalam hantaran lain, Shila sekali lagi membidas Syafiq yang sengaja mengguna namanya untuk menarik perhatian ramai bagi memperbesar-besarkan isu keluarga mereka.

“Kau guna nama kakak untuk tarik perhatian dan nak terangkan ‘kebenaran’ yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap dalam kisah dongeng sendiri?

“Kenapa takut dan ‘mute’ aku kalau kau betul?

“Aku sudah sampai limit ini dan ada semua resit. Jangan ingat aku diam sebab aku bang*ng,” tegasnya.

Shila juga mencabar Syafiq untuk bersemuka bagi menyelasaikan konflik antara mereka.

“Kau ingat aku takut? Atau kau nak sepak muka aku lagi?

“Marilah kalau betul anak jantan sulung seperti yang kau katakan.

“Bak datang, aku tunggu,” cabar bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu.

Hari ini, Syafiq menerusi siaran langsung memberitahu tindakan Shila ingin menjual rumah yang didiami ibunya adalah tidak patut dilakukan.

Malah dia juga mendakwa Shila tidak memahami situasi yang dilalui oleh adik-beradiknya yang lain.

Sejak semalam, media sosial kecoh apabila Syada memuat naik status mempersoalkan rumah yang didiaminya bersama ibu mahu dijual.

Dia turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI