fbpx

Terdengar jeritan lepas potong tulang manusia – Pakar forensik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Faridah pada sesi bual bicara 'Kenali Dunia Forensik' sempena Hari Bersama Media HCTM Cheras, hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seolah-olah terdengar seperti jeritan hingga menyebabkan sakit kepala antara pengalaman seram dilalui seorang pakar forensik sewaktu melakukan kerja bedah siasat melibatkan tulang manusia.

Pensyarah dan Pakar Perunding Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Prof. Dr. Faridah Mohd. Nor berkata, kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang menuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di United Kingdom (UK).

Menurutnya, beliau melakukan kerja memotong tulang tersebut yang dihantar dari Malaysia dipercayai milik seorang individu warganegara Indonesia.

“Ini apa yang saya alami sewaktu di UK dahulu. Tulang itu dari Malaysia dihantar melalui pos. Saya buat (bedah siasat) tulang manusia dan haiwan. Kebiasaannya, tulang haiwan ini antaranya singa, harimau dan lembu lancar sahaja (kerja).

“Tapi apabila potong tulang manusia, rasa seperti jeritan dan menyebabkan sakit kepala. Rupanya tulang itu warganegara Indonesia, saya rasa dia ‘menyimpanlah’ (sesuatu),” katanya sewaktu bual bicara ‘Kenali Dunia Forensik’ sempena Hari Bersama Media HCTM di sini, hari ini.

Dr. Faridah berkata, pengalaman seram lain yang pernah dilaluinya apabila tulang yang hendak dipotong itu ‘terbang’ secara tiba-tiba.

Ujarnya, lama kelamaan beliau menyifatkan kejadian seperti sebagai ‘alah bisa tegal biasa’ ditambah lagi apabila perlu melakukan bedah siasat terhadap pelbagai bentuk dan rupa mayat.

“Saya ingat juga bau (mayat) macam mana, tapi ia hilang begitu sahaja. Sewaktu proses bedah siasat pula, kita tak boleh kata ‘busuknya’ kerana biasanya akan jadi ‘lagi busuk’.

“Kita katalah ‘nak tolong ni, sila beri bantuan supaya tak terganggu dengan keadaan maggot (ulat berenga)’,” katanya berhubung pantang larang ketika bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI