fbpx

Lelaki kalah sabung ayam tembak pemenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam jantan Ben kalah kepada ayam milik Pirun, menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak 100,000 baht (RM12,832). – Facebook

BANGKOK – Gara-gara tidak dapat menerima kekalahan dalam judi laga ayam, seorang lelaki di wilayah Nakhon Pathom, Thailand menembak mati juara pertandingan tersebut, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian semalam, suspek dikenali sebagai  Ben Lao-ngam, 29, menembak mangsa, Pirun Yotkuea, 33, selepas ayam jantannya kalah.

Menurut beberapa saksi, ayam jantan Ben kalah kepada ayam milik Pirun, menyebabkan dia mengalami kerugian 100,000 baht (RM12,832).

Disebabkan tidak dapat menerima kekalahan itu, Ben mula menyerang Pirun yang menyebabkan keadaan  huru-hara di gelanggang laga ayam tersebut.

Dia kemudian melepaskan tembakan ke udara lalu menembak mangsa sebanyak beberapa das sebelum melarikan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun kemudian disahkan meninggal dunia.

Pegawai Daerah Don Thum, Kasawat Chunprasert berkata, gelanggang itu dimiliki oleh seorang lelaki berusia 60 tahun bernama Worawit Intayiao.

Premis itu juga dikatakan beroperasi dengan semua permit undang-undang yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sabung ayam dan perjudian.

Bagaimanapun, kejadian itu membawa kepada pembatalan semua permit dan penutupan sementara lokasi tersebut ketika polis menjalankan siasatan menyeluruh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI