fbpx

Kapten Malaysia Airlines terima nota istimewa dari penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota yang diberikan seorang penumpang kepada Kapten Paul Lau.

PETALING JAYA – Sekeping nota yang dihantar seorang penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines sebagai tanda penghargaan mendapat reaksi istimewa daripada kapten yang bertugas.

Berdasarkan nota itu, penumpang di tempat duduk 18D melahirkan rasa syukur berikutan kapten tersebut berjaya mengemudi pesawat dengan baik walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

“Saya mempunyai fobia yang sangat teruk terhadap pergolakan dan saya sangat menghargainya,” kata penumpang itu.

Menerusi perkongsian Facebook Malaysia Airlines, nota tersebut dibalas semula oleh Kapten Paul Lau dengan ucapan terima kasih kepada penumpang pesawat MH2522 dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak pada 6 Oktober, lalu.

“Nota anda telah menceriakan hari kami dan memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang kami.

“Saya juga ingin memohon maaf kerana tanda tali pinggang keledar dihidupkan pada kebanyakan masa disebabkan cuaca buruk. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi,” tulis Kapten Paul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI