fbpx

Deepika Padukone tolak undangan Koffee With Karan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA enggan terjebak dengan sensasi ciptaan Karan Johar dalam program Koffee With Karan musim baharu.

PROGRAM bual bicara sensasi Koffee With Karan yang kembali dengan musim baharu dikatakan bakal mencetuskan lebih banyak sensasi dan masih berkonsepkan soalan panas untuk dijawab selebriti jemputan di studio.

Sehingga kini pelakon Deepika Padukone antara artis yang enggan muncul lagi dalam rancangan tersebut.

Aktres berusia 37 tahun itu pernah ditemu bual hos program yang juga penerbit dan pengarah filem popular, Karan Johar pada musim ketiga program terbabit.

Namun kemunculan bersama seorang lagi aktres, Sonam Kapoor pada 2010 mencetuskan kontroversi apabila mereka membicarakan perihal aktor gred B.

Barangkali enggan sekali lagi menimbulkan kebencian, Deepika memilih menjauhi Karan Johar serta rancangan popular berkenaan.

Rata-rata peminat pula menganggap pilihan isteri kepada Ranveer Singh itu sangat tepat bagi mengelakkan dirinya kembali dihambat kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI