fbpx

Anwar, Erdogan bincang perkembangan perang Palestin-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Erdogan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.

Anwar dalam satu ciapan di aplikasi X lewat malam tadi berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya.

Bagaimanapun, perincian mengenai perbincangan tersebut tidak dinyatakan di dalam hantaran tersebut.

Anwar sebelum ini menegaskan Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Katanya, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI