fbpx

5,695 kes bankrap libat 419 belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah dan Ahmad Zahid melihat resolusi konvensyen yang disampaikan daripada Presiden Angkatan Belia Malaysia Future Leader School (MFLS), Muhammad Haziq Naim Abdul Wahed pada majlis tersebut. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Statistik Jabatan Insolvensi merekodkan sebanyak 5,695 kes kebankrapan sepanjang tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, daripada jumlah itu didapati seramai 419 individu terdiri dalam kalangan golongan belia berusia 25 hingga 34 tahun.

Katanya, sehingga Ogos lalu, seramai sembilan individu di bawah umur 25 tahun mengalami masalah kebankrapan.

“Golongan belia yang bankrap amat membimbangkan dengan pinjaman peribadi merupakan punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8 peratus daripada kebankrapan,” katanya

Beliau berkata demikia ketika ditemui selepas majlis penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Peringkat Kebangsaan 2023 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini, hari ini.

Jelas Hannah, jika tiada intervensi seperti mengadakan kursus literasi kewangan, lebih ramai belia dibimbangi terjebak dengan pinjaman peribadi sekali gus turut membebankan kerajaan.

“Kursus literasi kewangan ini penting bagi membantu mereka menyedari cara betul untuk berbelanja secara berhemah.

“Justeru, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD) akan meneruskan siri jelajah mereka menerusi Program Sekolah Rukun Negara,” ujarnya.

Kata beliau, program itu merupakan kelas demokrasi yang diwujudkan khas pada tahun ini yang diselaraskan iLEAD bermula tahun ini.

“Sehingga kini, seramai 60, 000 golongan belia telah mengikuti kelas demokrasi dan ini adalah satu program di bawah Rakan Muda,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI