fbpx

Mayat lelaki terapung dalam kolam takungan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui terapung dalam sebuah kolam di Jalan Panchor, Pokok Sena dekat Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sebuah kolam takungan air di Jalan Panchor, Pokok Sena dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 11 pagi.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti, namun berdasarkan suntikan BCG (bacillus calmette guerin) pada bahunya, mangsa dipercayai merupakan warga tempatan.

“Sebab kematian mangsa belum dapat dipastikan, namun spesimen mayat itu telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk semakan lanjut selepas proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini laporan bedah siasat tidak menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat perbuatan jenayah

“Kami bagaimanapun masih menanti keputusan ujian daripada Jabatan Kimia untuk mengetahui sebab kematian mangsa.

“Orang awam yang kehilangan ahli keluarga diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI