fbpx

Laung azan lihat bumbung tercabut angkara ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah menunjukkan kerangka bumbung rumahnya yang tersangkut di sebatang pokok di Bukit Selambau dekat Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang ibu tunggal hanya mampu melaungkan azan ketika bahagian atap zink rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Pokok Machang, Bukit Selambau, dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Azizah Hamid, 66, baru sahaja selesai menunaikan solat asar di dalam sebuah bilik rumah tersebut.

Menurut Azizah, sebelum kejadian itu, berlaku hujan kira-kira pukul 4.30 petang, namun tidak lebat dan berhenti sete­ngah jam kemudian.

“Pada kira-kira pukul 5.30 petang, berlaku hujan le­bat dengan angin kuat. Saya mendegar bunyi deruan angin yang kuat seperti menghampiri rumah.

“Saya bingkas bangun dari tikar sembahyang untuk melihat apa yang berlaku dan turut melaungkan azan serta membaca ayat al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, dia tergamam apabila melihat bumbung terangkat sebelum hilang diterbangkan angin.

“Saya yang ketakutan terus berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Habis barang di dalam rumah rosak terkena air hujan, namun saya bersyukur kerana tidak me­ngalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Menurutnya, kejadian se­perti itu tidak pernah berlaku sejak dia mendiami rumah tersebut lebih 40 tahun lalu.

Seorang lagi mangsa, Ibrahim Hashim, 51, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam bilik rumahnya, manakala isterinya, Hamisah Mat Yusuf, 54, sedang mengemas di dapur.

“Hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan saya rasa tidak sedap hati sebelum memanggil isteri menemani saya di dalam bilik sebelum ter­dengar bunyi kuat dari atas bumbung.

“Kami terkejut apabila mendapati seluruh bumbung ruang tamu rumah diterbangkan ribut dengan air hujan memenuhi rumah,” katanya.

Ujarnya, dia dan isteri kemudian keluar dari rumah menerusi pintu dapur dan akibat kejadian banyak perabot rosak terkena air selain mengalami kerugian lebih RM16,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI