fbpx

Konstabel polis disyaki minta, terima rasuah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berpangkat konstabel direman lima hari bagi membantu siasatan kes minta dan terima rasuah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel direman selama lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah RM2,000 daripada dua suspek kes dadah pada bulan lalu.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri membenarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki berusia 30-an berkenaan diberkas di Besut pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mengesyaki suspek yang merupakan anggota polis telah meminta dan menerima wang suapan RM2,000 daripada dua lelaki yang ditahan dalam serbuan di dalam sebuah rumah pada bulan lalu.

“Rasuah itu dipercayai sebagai dorongan untuk melepaskan kedua-dua lelaki terbabit daripada kes penyalahgunaan dadah,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI