fbpx

Howard Lee akur, terima teguran isu tafsir sendiri ayat al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (kiri), Howard Lee (kanan).

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How akur dengan nasihat serta teguran yang diterimanya berhubung isu membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama ahli DAP itu bagi menjelaskan bahawa perbuatan mentafsir ayat-ayat al-Quran perlu disertakan dengan pra syarat rukun dan berdamping dengan seseorang yang mempunyai ilmu tersebut.

Katanya, pertemuan tersebut berlangsung selama dua jam bagi memastikan apa yang ingin disampaikan dapat difahami oleh Ahli Parlimen itu.

“Bila kita nasihat dia (Howard Lee) akur macam itu. Cuma yang saya ingat kita bincang agak panjang dalam dua jam.

“Saya nasihatkan kepada beliau bila menyebut tentang tafsiran al-Quran adalah satu disiplin maknanya dia ada pra syarat rukun dan seseorang yang nak tafsir, tidak kira apa-apa ilmu sahaja perlu kepada satu disiplin yang kukuh sebelum nak ditafsirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadiri program Halal On Track di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, hari ini.

Terdahulu, Howard Lee telah menimbulkan kontroversi apabila beliau membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial sehingga menjadi pertikaian ramai pihak.

Sehubungan itu, Howard Lee telah tampil membuat permohonan maaf selepas beliau selesai memberi keterangan berkaitan isu terbabit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI