fbpx

Dewan Rakyat: KPDN terus cari jalan tangani kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. Foto oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus mencari jalan bagi memastikan isu kenaikan harga barang dapat diselesaikan.

Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, pelbagai inisiatif terus dilaksana dalam menangani isu tersebut termasuk program penyeragaman harga barangan antara bandar dan luar bandar melibatkan barangan kawalan bersubsidi.

Selain itu, pihaknya telah meningkatkan pemantauan di lapangan secara berkala dalam mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan B40 dan M40.

“Kita ada 2,200 penguat kuasa yang memantau bekalan setiap hari. Dalam masa sama, kita ada 900 pegawai pemantau harga, yang turun memeriksa harga di premis-premis seluruh negara setiap hari.

Tidak cukup itu, kita ada pasukan petugas khas yang akan melakukan pemeriksaan mengejut serta ada jadual yang ditetapkan, selain bertindak mengikut aduan rakyat,” katanya di sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, KPDN turut memaklumkan pihaknya telah melancarkan platform Aduan Suri pada Januari lalu adalah bertujuan untuk membantu golongan wanita menyalurkan aduan dan mempertahankan hak mereka.

“Kita ada sembilan saluran untuk pengguna, antaranya aplikasi Ez-ADU, boleh hubungi talian yang disediakan, mangsa boleh hadir ke pejabat untuk buat aduan.

“Terkini, kita lancarkan Aduan Suri, hanya imbas kod QR dan terus boleh buat aduan. Ini kerana kami berpandangan, golongan wanita adalah yang paling ramai terkesan ketika berbelanja,” tambah Fuziah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI